KKM Syorkan PKPD di 34 Mukim Selangor Ditamatkan

49

17 JULAI: Keputusan menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 34 mukim di Selangor berkuat kuasa hari ini diambil selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bekata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak akan sesekali membuat keputusan mengenai soal kesihatan tanpa penilaian daripada KKM.

“Saringan kesihatan dilaksanakan di kawasan berisiko tinggi dan KKM juga sudah melaksanakan dan selesai melakukan saringan itu.

“Oleh itu, penamatan perintah ini adalah mengikut nasihat daripada KKM,” katanya kepada media pada operasi pematuhan di sebuah kilang elektronik di Klang, Selangor, hari ini.

ISMAIL SABRI

Sementara itu, Ismail Sabri mengulangi pendirian bahawa meskipun Selangor mencatatkan kes jangkitan tertinggi berada dalam tempoh PKPD selama 14 hari, Ismail Sabri mengulangi kenyataan beliau bahawa ia berpunca daripada saringan besar-besaran dilakukan KKM.

“Kelmarin sahaja ada lebih 55,000 saringan dilakukan dan kes positif dikesan sejumlah 6,000 kes atau lebih kurang 12 ke 13 peratus sahaja.

“Saringan sedemikian sudah ditamatkan dan bertumpu di kawasan bersasar. Begitu juga PKPD hanya diteruskan secara lokaliti sahaja, di kawasan berisiko tinggi. Apabila PKPD bersasar kita juga akan membuat saringan,” katanya.

Terdahulu, kerajaan telah menamatkan PKPD di 34 Mukim di Selangor semalam yang telah bermula pada 3 Julai lalu. 

Daripada 34 mukim di Selangor, tujuh daripadanya akan ditamatkan di Mukim Tanjung 12 (1), Mukim Tanjung 12 (2), Mukim Teluk Panglima Garang, Mukim Morib, Mukim Bandar, Mukim Jugra dan Mukim Batu di daerah Kuala Langat. 

Enam mukim di daerah Hulu Langat juga akan ditamatkan PKPD iaitu Mukim Ampang, Mukim Cheras, Mukim Kajang, Mukim Semenyih, Mukim Beranang dan Mukim Hulu Langat serta empat mukim lagi di daerah Gombak iaitu Mukim Batu, Mukim Rawang, Mukim Setapak, Mukim Hulu Langat dan Mukim Kuang. 

Di daerah Kuala Selangor dan Hulu Selangor, masing masing empat Mukim di dua daerah itu akan ditamatkan PKPD di Mukim Ijok, Mukim Bestari Jaya, Mukim Jeram,  Mukim Tanjung Karang, Mukim Serendah, Mukim Rasa, Mukim Ulu Yam dan Mukim Batang Kali. 

Di Petaling Jaya pula, Mukim yang akan ditamatkan PKPD adalah Mukim Petaling, Mukim Damansara, Mukim Sg Buloh serta Mukim Bukit Raja dan bagi Daerah Sepang, mukim yang terlibat ialah Mukim Dengkil, Mukim Labu serta Mukim Sepang manakala di daerah Klang hanya dua mukim yang terlibat iaitu Mukim Kapar dan Mukim Klang. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.