WHO beri amaran kemunculan varian baharu yang lebih berbahaya

36

16 JULAI : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini memberi amaran bahawa varian baharu COVID-19 yang lebih berbahaya dijangka menular ke seluruh dunia, menjadikan wabak tersebut lebih sukar untuk dihentikan.

Berita buruk itu diumumkan Jawatankuasa Kecemasan pertubuhan tersebut ketika beberapa negara sedang memerangi gelombang jangkitan baharu menerusi varian Delta yang pertama kali ditemui di India.

Menurut Pengerusi jawatankuasa itu, Didier Houssin mengakui bahawa trend terkini membimbangkan di mana terkini ada
empat varian menular di peringkat global terdiri Alpha, Beta, Gamma serta varian terbaru, Delta yang dikesan boleh merebak dengan pantas.

Bagaimanapun, jawatankuasa itu mengingatkan perkara lebih buruk boleh berlaku pada masa depan, menunjukkan kemungkinan besar untuk munculnya dan penyebaran global varian baharu serta lebih berbahaya dan sukar untuk dikendalikan’.

WHO mengisytiharkannya sebagai varian membimbangkan (VOC) selepas dilihat lebih mudah merebak, berbahaya dan berpotensi tidak memberi kesan selepas menerima perlindungan vaksin.

Pandemik ini tetap menjadi cabaran di seluruh dunia dengan negara-negara yang memenuhi tuntutan kesihatan, ekonomi dan sosial yang berlainan, tegas jawatankuasa itu.

“Negara-negara dengan akses maju kepada vaksin serta mempunyai sumber sistem kesihatan yang baik berada di bawah tekanan untuk membenarkan masyarakat kembali semula seperti kehidupan asal,” katanya.

Pakar mengatakan, penggunaan pelitup muka, penjarakan fizikal, kebersihan tangan dan pengudaraan ruang dalaman yang lebih baik tetap menjadi kunci untuk mengurangkan jangkitan.

Mereka juga menekankan, perlunya vaksinasi sekurang-kurangnya membabitkan 10 peratus populasi setiap negara menjelang September ini serta pembahagian vaksin antara negara yang kaya dan miskin.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.