Pfizer pilihan utama vaksin rakyat Malaysia

107

15 JULAI: Pfizer kini menjadi pilihan utama untuk suntikan vaksinasi kepada penduduk Malaysia kerana ketibaan bekalannya semakin bertambah di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Malaysia ketika ini mempunyai tempahan bekalan vaksin Pfizer sebanyak 44.4 juta dos, untuk diagihkan kepada 22.2 juta penduduk.

Berikutan itu, beliau tidak menolak kemungkinan sesetengah negeri akan mula beralih kepada pemberian suntikan Pfizer, berbanding jenis lain termasuk Sinovac.

“Bekalan vaksin utama kita sekarang ialah Pfizer, jadi kita akan dipertingkatkan vaksin jenis ini di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seluruh negara,” katanya pada sidang media, hari ini.

NOOR HISHAM

Dr Noor Hisham berkata demikian mengulas kenyataan dikeluarkan Jabatan Kesihatan Kelantan yang mengumumkan akan menamatkan pengagihan vaksin Sinovac pada akhir bulan ini dengan menggantikannya vaksin Pfizer di semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di negeri berkenaan.

Berikutan itu, Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, menegaskan semua PPV hanya akan dibekal dengan dos kedua vaksin Sinovac, mulai 18 Julai ini.

“Bekalan vaksin Sinovac kepada Kelantan akan ditamatkan pada akhir Julai dan akan digantikan dengan vaksin Pfizer.

“Oleh yang demikian tiada lagi bekalan Sinovac untuk dos pertama mulai tarikh berkenaan,” katanya menerusi notis pemberitahuan bertarikh 13 Julai lalu.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata KKM masih menjalankan mengenal pasti punca sebenar penularan wabak COVID-19 dalam kalangan petugas sukarelawan di Pusat pemberian vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC) di Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Kami akan melihat kaitan epidemiologi dari satu kes ke kes lain sebelum dinamakan sebagai kluster baru,” katanya.

Pada Selasa lalu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin berkata PPV IDCC di Shah Alam ditutup selepas 204 kes positif COVID-19 dikesan dalam kalangan petugas PPV berkenaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.