Pegawai Khas Positif, Annuar Kuarantin Di Rumah

51

15 JULAI: Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa akan menjalani kuarantin secara sukarela di rumah selepas menjadi kontak rapat kepada salah ssorang pegawai khasnya yang disahkan positif COVID-19. 

Perkara itu dimaklumkan Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan yang memaklumkan selain Annuar, semua pegawai Pejabat kementerian itu akan menjalani kuarantin secara sukarela di rumah masing-masing.

“Ujian saringan ke atas semua kontak rapat telah dilakukan dan kini menunggu keputusan masing-masing.

“Kerja-kerja sanitasi di Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan, tingkat enam, Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 1, sudah dilakukan. 

“Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan akan ditutup untuk tempoh beberapa hari,” kata pejabat kementerian itu yang turut berkongsi di Facebook rasminya, sebentar tadi. 

Justeru, menerusi kenyataan sama, Annuar yang juga merupakan Ahli Parlimen Ketereh memohon maaf di atas sebarang kesulitan berhubung perkara ini. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.