Kes positif Selangor melonjak lebih 1,000 dalam tempoh 24 jam

26

15 JULAI: Kadar penularan wabak COVID-19 di Malaysia kini semakin membimbangkan dengan jumlah kes baharu positif dilaporkan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mencecah 13,215 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, dengan pertambahan itu jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia kini berjumlah 880,782.

Beliau berkata, Selangor terus menjadi negeri mencatatkan kes positif COVID-19 tertinggi dengan merekodkan 6,120 kes baharu dalam tempoh 24 jam lalu berbanding 5,051 kes semalam.

“Ini diikuti Negeri Sembilan yang mencatatkan kenaikkan 66 kes kepada 1,603 hari ini, manakala Kuala Lumpur pula menurun 250 kes kepada 1,499 kes hari ini berbanding 1,749 kes semalam.

“Kedah pula mencatatkan 695 kes hari ini, diikuti Johor (599), Pulau Pinang (509), Melaka (484), Sabah (370), Sarawak (363), Perak (344) dan Pahang (222).

“Negeri-negeri lain yang mencatat bilangan kes dibawah 100 adalah Terengganu (70), Labuan (26), Putrajaya (53) manakala Perlis hanya tiga kes,” kata Dr Noor Hisham dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.