Lagi 293 Kes VOC, VOI COVID-19 Dikesan

71

14 JULAI: Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan mengesahkan kewujudan 293 lagi kes Variant of Concern (VOC) dan Variant of Interest (VOI) melalui survelan genomik yang dijalankan sehingga semalam. 

Menerusi infografik yang dikongsikan oleh CPRC memaklumkan daripada jumlah ini, hanya satu kes merupakan jangkitan import dari luar negara, manakala 292 kes lagi  adalah jangkitan dalam negara.

Menurut pusat tersebut, daripada jumlah keseluruhan yang dikesan,  273 direkodkan merupakan kes daripada VOC dan 20 kes lagi adalah VOI.

“Bagi kes VOC, 195 kes adalah varian Beta B.1.351; 67 kes varian Delta (B.1.617.2) dan 11 kes merupakan varian Alpha (B.1.1.7). 

“Bagi kes VOI yang dilaporkan 13 kes varian Theta (P.3); empat kes varian Eta (B.1.525) dan tiga kes varian Kappa (B.1.617.1),” kata CPRC menerusi infografik tersebut.

Dalam pada itu, menerusi infografik yang sama, CPRC Kebangsaan turut mengesahkan telah mengesan kewujudan 67 lagi kes varian baharu melalui survelan genomik yang dijalankan semalam. 

Menurut pusat tersebut, daripada jumlah itu, 48 kes varian Beta (B.1.351) manakala 27 lagi dilesen sebagai kes varian Delta (B.1.617.2) dan hanya satu kes varian Theta (P.3) direkodkan iaitu di Sarawak. 

“Sebanyak 48 kes baharu varian Beta (B.1.351) yang telah dilaporkan adalah 37 kes di Selangor, empat di Terengganu, tiga di Melaka dan masing-masing satu kes di Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Pulau Pinang. 

“Bagi kes Delta, lapan daripadanya adalah di Pahang, masing-masing lima di Labuan dan Selangor, tiga di Melaka, dua di Johor dan masing-masing satu kes di Sarawak, Terengganu, Sabah dan Perlis,” katanya.

Terdahulu, varian Alpha ( B.1.17) mula dikesan di United Kingdom pada September 2020, di mana kadar kebolehjangkitan varian ini adalah antara 4 hingga 5 orang manakala bagi varian Beta ( B.1.351) mula dikesan di Afrika Selatan pada Mei 2020 dan kadar jangkitan varian ini lebih 50 peratus daripada varian asal Wuhan. 

Bagi varian Delta (B.1.617.2, ia mula direkodkan di India, Oktober 2020 dengan kadar kebolehjangkitan varian Delta adalah antara lima hingga lapan orang manakala varian Theta (P.3) yang berasal dari Filipina telah dikesan pertama kali di Malaysia adalah di Sarawak pada Mei lalu. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.