Kerajaan tubuh RCI siasat kerugian Tabung Haji

178

14 JULAI: Kerajaan bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian yang didakwa dialami oleh Lembaga Tabung Haji (LTH) dari tahun 2014 hingga 2020.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan penubuhan RCI berkenaan dibuat oleh Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 [Akta 119].

Ismail Sabri berkata, tujuan utama penubuhan RCI berkenaan bagi menyiasat isu-isu berbangkit mengenai LTH  hasil pengauditan perunding-perunding seperti PricewaterhouseCoopers (PwC), Ernst & Young (EY) dan Roland Berger dari tahun 2014 hingga 2020.

“Antara terma RCI yang telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri adalah skop tugasnya tertumpu kepada hasil penemuan perunding ke atas isu-isu berbangkit LTH dari tahun 2014 hingga tahun 2020 tetapi tidak termasuk Pelan Pemulihan dan Penstrukturan LTH yang sedang dilaksanakan pada masa ini.

“Penubuhan RCI ini juga bertujuan menentukan sama ada terdapat tindakan menyembunyikan (cover up) maklumat berkaitan isu-isu yang dibangkitkan dan perbuatan memberi kenyataan yang mengelirukan mengenainya,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Suruhanjaya berkenaan menurut Ismail juga akan mengemukakan kepada kerajaan laporan hasil semakan dan syor mengenai tindakan susulan jika perlu, dalam tempoh tiga bulan.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata suruhanjaya berkenaan juga berperanan mengesyorkan tindakan yang sesuai diambil terhadap pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Timbalan Perdana Menteri berkata jika mereka didapati melanggar mana-mana peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa tanpa menjejaskan apa-apa siasatan dan tindakan perundangan yang sedang dilaksanakan oleh pihak-pihak berkuasa berkaitan.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata langkah berkenaan adalah bertujuan untuk penambahbaikan dan tadbir urus LTH.

Katanya, suruhanjaya berkenaan juga akan mengemukakan kepada kerajaan laporan hasil semakan dan syor mengenai tindakan susulan, jika perlu, dalam tempoh tiga bulan.

“Jabatan Perdana Menteri akan mengenal pasti senarai keahlian RCI yangdicadangkan terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang syariah, perundangan, perbankan Islam dan pelaburan.

“Perincian berhubung penubuhan dari segi terma dan rujukan serta keanggotaan RCI akan diumumkan dalam masa
terdekat.

“Penubuhan RCI ini adalah wajar supaya siasatan lanjut dapat dibuat terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan tersebut dan perakuan sewajarnya dapatdikemukakan kepada Kerajaan bagi memulihkan imej serta keyakinan rakyat terhadap kewibawaan LTH.

“Ini juga bagi memastikan satu siasatan dalaman yang telus dan amanah dilaksanakan demi memastikan LTH telah
menjalankan mandat dengan profesional dalam menguruskan wang deposit umat Islam,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.