11,618 kes baharu, Selangor kekal tertinggi catat 5,051 kes

9

14 JULAI: Kadar peningkatan kes COVID-19 di Malaysia kini semakin membimbangkan apabila Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 11,618 kes positif hari ini, sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 867,567 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal sebagai negeri mencatatkan angka tertinggi dengan 5,051 kes dengan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negeri berkenaan kini mencecah 300,974 kes.

“Kuala Lumpur pula mencatatkan kes sebanyak 1,749 kes hari dengan jumlah keseluruhan 92,837 kes, kedua tertinggi dalam negara, diikuti Negeri Sembilan (1,537),  Johor (396), Sabah (286), Sarawak (289), Pulau Pinang (210).

“Manakala Kelantan mencatatkan (236), Kedah (504), Perak (164), Melaka (526), Pahang (400), Terengganu (189), WP Labuan (38), WP Putrajaya (40) dan Perlis (3),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.