Tok Mat dilantik Pengarah Pilihan Raya UMNO

230

13 JULAI: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya parti itu berkuat kuasa serta-merta bagi menghadapi dan melakukan persiapan Pilihan Raya Umum Ke-15. 

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Mohamad yang kini menjalankan tugas sebagai Pengerusi War Room Barisan Nasional (BN) akan menggantikan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang memegang jawatan tersebut sebelum ini. 

“Penstrukturan semula Jabatan Pilihan Raya UMNO ini bagi memperkukuhkan organisasi di setiap peringkat parti dan akar umbi.

“Dengan kedudukan Mohamad sebagai Timbalan Pengerusi BN, ia akan memudahkan proses membuat keputusan dalam soal persiapan pilihan raya yang melibatkan semua parti-parti komponen Barisan Nasional.

“UMNO Malaysia ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Tajuddin yang sebelum ini menggalas amanah sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.