TMJ bertitah lakukan genjatan politik, tumpu pada rakyat

33

13 JULAI: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah agar semua ahli politik khususnya di negeri itu melakukan genjatan politik buat sementara waktu.

Titahnya, pemimpin politik harus mengetepikan segala perbezaan dalam tempoh pandemik COVID-19 yang kian membimbangkan ini dengan memberikan sepenuh tumpuan kepada rakyat.

“Saya ingin memberi pandangan dan nasihat yang ikhlas kepada semua ahli politik di Johor atau mana-mana.

“Anda harus memberikan keutamaan kepada krisis kesihatan dan ekonomi yang kini berada di tahap amat membimbangkan.

“Sekarang bukan masa untuk berpolitik. Anda semua dipilih oleh rakyat untuk berkhidmat demi rakyat dan negara,” titah baginda menerusi hantaran dalam Facebook milik baginda, HRH Crown Prince of Johor hari ini.

Tunku Ismail berharap semua ahli politik melaksanakan tanggungjawab diamanahkan dengan cuba sedaya untuk memerangi COVID-19.

“Ketepikan segala perbezaan politik, lakukan genjatan politik buat sementara ini dan berikan tumpuan sepenuhnya kepada rakyat.

Ini adalah masa untuk berkhidmat dan membantu rakyat,” titah baginda.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.