Petugas positif COVID-19,PPV Shah Alam ditutup sehari

20

13 JULAI: Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) ingin memaklumkan bahawa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam akan ditutup selama satu hari pada 13 Julai 2021 susulan kes positif COVID-19 yang dikenal pasti dalam kalangan petugas di PPV
tersebut.

CITF dalam satu kenyataan berkata, langkah segera penutupan ini diambil hasil daripada keputusan ujian COVID-19 yang diperolehmalam tadi bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dijalankan.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, CITF juga menyarankan mereka yang hadir untuk vaksinasi di IDCC di antara 29 Jun hingga 12 Julai 2021 untuk membuat penilaian kendiri dan sekiranya bergejala supaya menjalankan ujian saringan COVID-19.

“Janji temu yang telah diberikan pada hari tersebut akan dijadualkan semula kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Butiran lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-88934303.

Difahamkan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin akan mengadakan sidang media pada jam 11 pagi ini secara maya bagi menjelaskan mengenai penutupan PPV IDCC.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.