Kes baharu harian COVID-19 pecah angka 11,000

12

13 JULAI: Kadar penularan kes COVID-19 di Malaysia kini semakin membimbangkan apabila kes harian pertama kalinya mencecah angka melebihi 11,000 apabila Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 11,079 kes baharu dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor terus menjadi negeri tertinggi mencatatkan kes baharu COVID-19 dengan 5,263 kes baharu dilaporkan hari ini.

Ini diikuti Kuala Lumpur sebanyak 1,521 kes, Negeri Sembilan (1,033), Kedah (497), Sarawak (472), Johor (406), Perak (329), Melaka (323), Pahang (321), Sabah (239), Pulau Pinang (234) dan Kelantan (211).

“Negeri Terengganu pula mencatatkan 93 kes, Labuan (60) dan Putrajaya (77). Hanya Perlis tidak melaporkan sebarang pertambahan kes baharu,” katanya dalam Facebooknya hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.