Sarawak Beralih Ke Fasa 2 PPN Mulai Rabu Ini

79

12 JULAI : Kerajaan mengumumkan Negeri Sarawak akan beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang akan berkuat kuasa mulai Rabu ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut dilakukan berdasarkan pencapaian nilai ambang tiga indikator utama yang telah ditetapkan.

Menurut beliau, ini membuktikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menampakkan impak positif, di mana beberapa negeri seperti Terengganu, Kelantan, Pahang, Perlis, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Sabah kini telah berjaya melangkah ke fasa 2.

“Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri pada hari ini telah meneliti pembentangan peralihan fasa bagi negeri-negeri di bawah PPN oleh Kementerian Kewangan. 

ISMAIL SABRI

“Setelah semua agensi terlibat meneliti nilai-nilai ambang atau threshold negeri ini, 

Sidang Khas MKN bersetuju untuk membuat peralihan fasa bagi negeri Sarawak daripada Fasa 1 ke Fasa 2. 

“Ini berdasarkan pencapaian nilai ambang tiga indikator utama yang telah ditetapkan. Peralihan fasa PPN bagi negeri Sarawak akan berkuat kuasa mulai 14 Julai ini,” katanya menerusi kenyataan media perkembangan harian PPN dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), hari ini. 

Dalam pada itu, Ismail Sabri memberitahu sebanyak 17 premis meliputi kilang premis perniagaan dan tapak pembinaan telah diarahkan tutup kerana didapati melanggar arahan kerajaan dan prosedur operasi standard (SOP). 

“Ini berikutan pemeriksaan yang dilakukan oleh pasukan Task Force Operasi Pematuhan semalam, di mana sebanyak 2,087 buah kilang, 16,086 premis 

perniagaan, 625 tapak pembinaan dan 449 buah asrama penempatan pekerja telah diperiksa.

“Secara kumulatifnya, pasukan Task Force Operasi Pematuhan semalam telah melaksanakan 90,78,975 pemeriksaan dan snap check COVID-19 di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota seramai 19,477 orang,” katanya. 

Dalam masa sama, Menteri Pertahanan itu menegaskan jumlah mereka yang ditahan kerana ingkar PKP semalam merekodkan jumlah 514 individu telah ditahan dan daripada jumlah itu, seramai 503 individu dikompaun dan 11 orang lagi direman. 

“Kesalahan tertinggi direkodkan semalam ialah mereka yang rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran serta makan dan minum di premis sebanyak 126 kes dan tiada penjarakan fizikal sebanyak 104 kes.

“Kesalahan lain yang turut dikesan adalah individu gagal mendaftar masuk premis (69), tidak patuh arahan kawalan pergerakan (58), membawa penumpang berlebihan (56), tidak memakai pelitup muka (55), premis gagal patuhi arahan (13) dan lain-lain (33),” katanya. 

Sementara itu, Ismail Sabri berkata sidang khas MKN juga turut bersetuju untuk 

memberi kebenaran kepada semua outlet pusat perkhidmatan pelanggan syarikat telekomunikasi yang terletak di dalam pusat beli-belah serta pasar raya besar untuk beroperasi sepanjang Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai esok. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.