KWP Teruskan Pengecualian Bayaran Fi,Sewa Peniaga Kecil

16

 12 JULAI : Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) akan meneruskan usaha meringankan beban peniaga kecil dalam Kuala Lumpur dengan mengecualikan bayaran fi dan sewa.

Perkara itu diumumkan oleh Menterinya, Tan Sri Annuar Musa menerusi Twitter miliknya memaklumkan Kementerian menyedari beban yang ditanggung peniaga dalam keadaan pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Kata beliau, dengan pengecualian itu memberi manfaat kepada 22,896 peniaga kecil termasuk 7,000 daripadanya yang berada bawah Wilayah Bebas Berniaga (WBB).

“KWP meneruskan usaha meringankan bebanan yang dihadapu peniaga. Pengecualian Fi dan sewa diteruskan sepanjang tahun ini dan mereka tak perlu bayar sewa.

“Mereka boleh berniaga secara percuma. Seramai 22,896 peniaga  mendapat munafaat ini termasuk 7000 di bawah WBB, ” katanya menerusi ciapan Twitternya, hari ini.

Keputusan itu bagi meringankan beban lebih 4,500 penjaja berdaftar di bawah skim tersebut – Tan Sri Annuar Musa

Terdahulu, Tempoh lesen percuma melalui Skim Wilayah Bebas Berniaga di bawah KWP yang dijadual tamat 31 Julai ini, dilanjutkan sehingga akhir tahun ini.

Annuar dilaporkan berkata, keputusan itu bagi meringankan beban lebih 4,500 penjaja berdaftar di bawah skim tersebut serta memudahkan golongan itu membuat perancangan perniagaan memandangkan negara masih berdepan COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Annuar turut mengumumkan diskaun 50 peratus kepada lebih 5,000 peniaga yang menyewa premis perniagaan seliaan DBKL, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan serta lesen percuma untuk peniaga di bawah program Usahawan Anak Muda Kota sehingga akhir tahun.

Dalam pada itu, menerusi hantaran berbeza, Ahli Parlimen Keterah itu memaklumkan bagi warga Wilayah Persekutuan yang belum mendapat temu janji untuk suntikan pertama, disarankan menghubungi Ahli Parlimen di kawasan mereka. 

Dalam masa sama, beliau berkata, orang ramai juga dinasihatkan untuk menghubungi Rumah Prihatin agar dibantu untuk disegerakan pemberian vaksin bagi mereka yang belum menerima suntikan. 

“Kita sedang susun Mobile Vaccine Truck bagi memudahkan lagi proses vaksib khususnya buat warga Kuala Lumpur kerana Kuala Lumpur segera dibuka semula,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.