Kes positif COVID-19 menurun hari ini

19

12 JULAI: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan kadar kes positif harian COVID-19 hari ini dilaporkan menurun kepada 8,574 kes berbanding semalam, 9,105 kes.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor kekal sebagai penyumbang terbesar kes positif harian COVID-19 dengan 4,308 kes lagi kes dilaporkan hari ini.

Katanya, pertambahan kes hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini meningkat kepada 844,870 kes.

Kuala Lumpur turut mencatatkan penurunan kes hari ini dengan 609 kes berbanding semalam, 1,247 kes.

“Hanya Perlis tidak melaporkan sebarang pertambahan kes hari ini. Bagi negeri lain, Negeri Sembilan, 719 kes, diikuti Kedah (415); Melaka (411); Johor (407); Pahang (314); Sabah (298); Sarawak (235) dan Pulau Pinang (231).

“Selain itu, Perak (168); Terengganu (140); Kelantan (133); Labuan (66) dan Putrajaya (45),” katanya dalam akaun Facebook, hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.