Ekonomi negara dijangka berkembang pada kadar 4 peratus

13

12 JULAI: Kerajaan menjangkakan ekonomi negara akan berkembang pada pada kadar sekitar 4.0 peratus tahun ini.

Menteri Kewangan dan Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara (PPN), Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata kerajaan akan menyemak turun keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara selepas lebih banyak data diterima.

“Kami masih mengkaji (KDNK) kepada jumlah yang lebih rendah dan angka sebenar akan diumumkan selepas dapat lebih banyak data,” katanya dalam satu temu bual bersama Bloomberg TV pada awal hari ini.

Tengku Zafrul berkata Pelan Pemulihan Negara adalah pelan yang dinamik dan akan sentiasa ditambah baik ikut keperluan semasa.

Sebelum ini kerajaan mengumumkan akan semak kadar KDNK negara yang ketika ini diunjur tumbuh 6 peratus ke 7.5 peratus tahun ini.

Manakala, Bank Dunia sebelum ini menyemak turun KDNK negara kepada 4.5 peratus selepas mengambil kira langkah kawalan yang diambil untuk menyekat penularan COVID-19 di Malaysia.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata kerajaan juga menjangka had hutang negara mungkin dinaikkan daripada 60 peratus semasa kepada 65 peratus untuk membolehkan kerajaan meminjam bagi membiayai pelan bantuan ekonomi.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata Pelan Pemulihan Negara adalah pelan yang dinamik dan akan sentiasa ditambah baik ikut keperluan semasa.

Sementara itu, dalam kemas kenyataan menerusi di akaun Facebooknya, Zafrul menjelaskan yang Malaysia perlu sentiasa tangkas dan bersedia untuk meminda perancangan berdasarkan situasi semasa dan mendengar nasihat pakar dalam bidang masing-masing.

Tambahnya, ketika ini tiada penyelesaian mudah atau sempurna untuk negara keluar daripada belenggu ini dan kerajaan akan berusaha sebaik mungkin demi kesejahteraan semua.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.