Afrika Selatan lanjutkan perintah sekatan ketat selama 14 hari lagi

6

12 JULAI : Perintah sekatan ketat di Afrika Selatan dilanjutkan selama 14 hari merangkumi larangan mengadakan perhimpunan, penjualan alkohol dan perintah berkurung dari jam 9 malam hingga 4 pagi.

Pemerintah Afrika Selatan melanjutkan sekatan ketat tersebut ekoran negara itu mencatat kes jangkitan COVID-19 serta kes kematian paling teruk di benua Afrika yang disebabkan oleh varian Delta.

Afrika Selatan sebelum ini telah menurunkan tahap skala sekatan daripada tahap empat kepada lima akhir Jun lalu ketika jangkitan meningkat dan berjanji untuk mengkaji semula larangan itu selepas dua minggu.

Sistem kesihatan di seluruh negara berada di bawah tekanan menurut Presidennya, Cyril Ramaphosa, di mana sejak awal bulan ini, ia mencatat rekod baharu dengan lebih 26,000 kes harian.

Sehubungan itu, kerajaan telah memutuskan untuk mengekalkan ia pada tahap empat selama 14 hari lagi, walaupun restoran dibenarkan menyajikan makanan di premis, tertakluk pada protokol kesihatan yang ketat.

Gimnasium juga dibenarkan dibuka berdasarkan syarat yang ketat.

Ketika ini, hanya 4.2 juta daripada 60 juta populasi sudah menerima vaksin dan jumlah itu akan ditingkatkan kepada sekurang-kurangnya 300,000 pada akhir Ogos ini.

Selain itu, Kesatuan Afrika dan Kesatuan Eropah juga mencapai kesepakatan untuk syarikat farmasi tempatan Aspen memberikan lebih 17 juta dos vaksin Johnson & Johnson ke Afrika Selatan dan negara-negara Afrika lain dalam tempoh tiga bulan ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.