Benjy meninggal dunia di Medan

154

11 JULAI: Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy, 43, meninggal dunia akibat penyakit asma di sebuah hospital di Medan, Indonesia, pagi tadi.

Benjy merupakan anak lelaki tunggal pelakon dan dramatis terkenal, Allahyarhamah Azean Irdawaty. Berita pemergian Benjy dimaklumkan bapanya, Khairil Anwar Zainal Muktar Rashidi.

Khairil berkata, dia menerima panggilan telefon daripada rakan arwah kira-kira 11 pagi tadi.

“Ben meninggal dunia di sebuah hospital di Medan akibat serangan asma, hari ini,” katanya hari ini.

Terdahulu, arwah Benjy dijatuhi hukuman penjara selama 11 tahun atas kesalahan cubaan menyeludup dadah jenis syabu di Indonesia pada 2017.

Benjy mula dikenali sebagai pelakon sejak zaman kanak-kanak lagi iaitu melalui filem Perempuan (1988). Arwah sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia empat tahun.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.