Pelan Pemulihan Negara mula perlihatkan hasil positif

27

10 JULAI: Kesemua langkah dan usaha Kerajaan selaras dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN) supaya negara akan dapat beralih ke fasa seterusnya secara teratur dan berperingkat berpaksikan kepada data yang bersandarkan tiga indikator ambang
utama sedang menampakkan hasil yang positif.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, setakat ini tujuh negeri sudah memenuhi tiga nilai ambang dengan memenuhi semua prasyarat telah beralih ke Fasa 2 PPN termasuk  Sabah yang bermula hari ini.

Beliau berkata, langkah bersasar kerajaan termasuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa negeri termasuk Selangor yang mencatatkan bilangan kes harian yang tinggi, diharap dapat dikurangkan.

“Malaysia juga telah memenuhi nilai ambang pertama PPN dimana 10 peratus penduduk di negara ini sudah menerima dua dos lengkap vaksin Covid-19.

“Malah, kadar pemberian vaksin harian juga berjaya mencatatkan lebih 300,000 suntikan melangkaui sasaran awal dan jumlah pemberian vaksin harian tertinggi juga dicatatkan semalam dengan 376,909 dos vaksin telah diberikan di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kerajaan serius dalam soal memelihara kebajikan rakyat serta usaha memerangi pandemik COVID-19.

Mengulas lanjut, Malaysia dijangka akan mencapai 30 ke 40 peratus populasi negara sudah lengkap menerima vaksin dan imuniti kelompok menjelang akhir tahun ini sepertimana yang digariskan di bawah PPN akan dapat dicapai.

Ronald berkat usaha Kerajaan menangani kemelut pandemik COVID-19 perlu dinilai secara holistik dan menyeluruh dengan mengambil kira semua aspek termasuk keselamatan, kesihatan, kebajikan dan ekonomi yang sedang ditangani oleh kerajaan bersama barisan hadapan dan pihak bertanggungjawab yang lain.

“Kerajaan serius dalam soal memelihara kebajikan rakyat serta usaha memerangi pandemik COVID-19 biarpun berhadapan dengan pelbagai cabaran.

“Agenda prihatin dan keselamatan rakyat akan menjadi keutamaan Kerajaan dan akan diteruskan. Segala usaha yang dirancang Kerajaan berada di landasan yang tepat dan Kerajaan yakin dengan kerjasama serta sokongan rakyat kita akan dapat melandaikan lengkuk jangkitan COVID-19 sekaligus keluar secepat mungkin dari pandemik ini.

“Tumpuan utama kerajaan hanya untuk terus berusaha sedaya upaya mengeluarkan negara secara berfasa dari kemelut pandemik COVID-19 dan memulihkan semula ekonomi negara demi kelangsungan hidup rakyat,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.