Tun Mahathir sahkan dipelawa kongsi idea pelaksanaan PPN

33

10 JULAI : Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad mengesahkan menerima pelawaan daripada Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk berkongsi idea dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Bagaimanpun setakat ini, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) itu belum membuat sebarang keputusan berhubung pelawaan tersebut.

“Saya tak pasti sama ada Menteri Kewangan nak berkongsi idea berhubung bagaimana nak kurangkan kes COVID-19 atau lain-lain, tapi dia minta nak berjumpa dengan saya. Permintaan itu dibuat pagi ini,” jelasnya.

Tin Mahathir bersama petugas di PPV Kampung Teluk Berembang, Pulau Tuba.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Kampung Teluk Berembang, Pulau Tuba hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi sebelum itu meninjau proses suntikan dos kedua vaksin COVID-19 kepada 204 warga emas dan berisiko di pulau itu.

Sementara itu, ketika meninjau proses vaksinasi di dewan itu, Dr Mahathir sempat beramah mesra bersama penduduk tempatan yang kebanyakannya bekerja sebagai nelayan pesisir.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.