Pemberian vaksin meningkat kepada 10,750 748 dos

33

10 JULAI: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, mengesahkan jumlah keseluruhan pemberian vaksin di seluruh negara kini meningkat kepada 10,750,748 dos termasuk 337,478 dos suntikan vaksin COVID-19 diberikan semalam.

Menerusi hantaran di Twitternya, Dr Adham berkata daripada jumlah pemberian dos harian berkenaan, sebanyak 213,396 adalah dos pertama manakala 124,082 adalah dos kedua.

Beliau berkata, lima negeri yang mencatatkan pemberian vaksin tertinggi semalam ialah Selangor dengan 92,400 orang, disusuli Sarawak (65,967), Kuala Lumpur (52,891), Perak (25,877) dan Negeri Sembilan (21,057).

Dr Adham berkata, sehingga semalam juga jumlah keseluruhan pemberian vaksin COVID-19 dos pertama ialah 7,435,877 dan dos kedua 3,314,871.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.