Kes positif kekal di paras 9,000

30

19 JULAI : Kes positif COVID-19 kekal di angka paras angka 9,000 apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan sebanyak 9,353 kes baharu hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah tersebut, sebanyak 6,645 kes melibatkan warganegara, manakala 2,697 pula melibatkan bukan warganegara.

Manakala, sebanyak 11 kes import dikesan yang melibatkan tiga kes warga negara dan lapan kes melibatkan bukan warganegara.

“Angka kes baharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 ialah sebanyak 827,191 kes dan jumlah kes aktif pula ada sebanyak 84,021 kes,” ujarnya menerusi satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, kata Noor Hisham, jumlah kes sembuh meningkat berbanding semalam iaitu sebanyak 5,910 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 737,103 kes.

“Jumlah pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula adalah seramai 959 kes, termasuk 451 kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

“Manakala jumlah kes kematian baharu adalah sebanyak 87 kes, meningkat sedikit berbanding semalam, menjadikan jumlah kes kematian dalam negara adalah sebanyak 6,067 kes,” jelasnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.