Joseph Lambert dipilih sebagai Presiden sementara Haiti

20

10 JULAI : Anggota Senat Haiti memilih Joseph Lambert sebagai presiden sementara negara itu berikutan kematian Jovenel Moise yang dibunuh pemberontak.

Beberapa parti termasuk pembangkang turut menyokong resolusi pelantikan Joseph.

Lambert akan mengangkat sumpah jawatan di Parlimen dan akan terus memulakan khidmatnya untuk membentuk kerajaan baharu.

Joseph mengharapkan sokongan masyarakat antarabangsa untuk terus berkuasa sehingga pemilihan presiden diadakan pada 26 September.

Menurut polis Haiti, seramai 26 suspek termasuk warga Colombia dan dua Amerika antara yang ditahan dipercayai terbabit dengan kes pembunuhan Moise Rabu lalu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.