Taliban serang Afghanistan habis-habisan

34

9 JULAI: Kegusaran tentera Afghanistan akan diserang tentera Taliban selepas pengunduran tentera Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini ternyata berasas apabila dikepung oleh penjung Pejuang Taliban bermotosikal hari ini.

Ekoran itu pertempuran sengit berlaku dalam serangan berani mati tentera Taliban dengan Afghanistan mengerahkan beratus-ratus komando ke Qala-i-Naw di Bafghis.

Ia serngan habis-habisan oleh Taliban sejak 1 Mei, ketika pemberontak melancarkan kempen besar-besaran untuk merebut wilayah baharu.

Pengunduran tentera AS itu membuatkan Pentagon menyuarakan kebimbangan bahawa tentera Afghanistan mungkin tidak mampu bertahan tanpa bantuan serangan udara AS.

Penduduk di Qala-i-Naw melarikan diri dari bandar atau tidak keluar rumah hari ini selepas pertempuran lebih 24 jam menyaksikan tentera udara Afghanistan melancarkan serangan terhadap kedudukan Taliban.

“Taliban masih berada di bandar ini, anda boleh lihat mereka keluar masuk di jalanan dengan menaiki motosikal,” kata penduduk, Aziz Tawakoli kepada AFP.

Katanya, kira-kira 75,000 penduduk di bandar itu meninggalkan rumah mereka, sama ada menuju kawasan kejiranan lain atau ke Herat.

“Kedai-kedai ditutup dan hampir tiada orang di jalanan,” katanya sambil menambah helikopter dan pesawat mengebom kubu Taliban sepanjang malam.

Ahli Majlis wilayah Badghis, Zia Gul Habibi, berkata ada anggota Taliban terkorban, namun mereka terus mengepung bandar terbabit.

“Semua daerah dalam kawalan mereka dan penduduk benar-benar ketakutan manakala semua kedai serta institusi kerajaan ditutup, dengan bebrapa pertempuran dilaporkan,” katanya. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.