Sulawesi dilanda gempa sederhana 5.9 skala Richter

8

9 JULAI : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melalui laman rasmi Twitternya memaklumkan gempa bumi sederhana berukuran 5.9 skala Richter melanda Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada jam 9.31 malam tadi.

Bagaimanapun menurut MET,  tiada sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia.

Pusat gempa bumi tersebut terletak 0.0° Utara dan 123.7° Timur dengan kedalaman 110 kilometer, iaitu 90 kilometer Tenggara dari Gorontalo, Indonesia, kata kenyataan itu hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.