Pemberian Vaksin Besar-Besaran di Bangi Tidak Benar

96

9 JULAI: Orang awam dinasihatkan agar lebih berhati-hati dengan penularan maklumat tidak benar berkaitan pemberian vaksin COVID-19. 

Terbaharu, terdapat penularan maklumat tidak benar membabitkan dakwaan pemberian vaksin secara besar-besaran di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bangi Avenue Convention Centre (BACC) yang ditularkan melalui WhatsApp.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam kenyataan media, berkata pemberian maklumat peribadi kepada pihak yang tidak dikenali, secara tidak langsung boleh membuka ruang kepada risiko eksploitasi maklumat peribadi dan pelanggaran privasi.

“Semua maklumat mengenai program vaksinasi perlu dirujuk kepada saluran rasmi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) di tempat tinggal masing-masing,” katanya.

Terdahulu, PKD Hulu Langat semalam, turut menafikan mesej tular di media sosial berhubung pemberian vaksin Sinovac secara besar-besaran oleh PPV Bangi Avenue Convention Centre.

PKD Hulu Langat menegaskan, pihaknya mahupun PPV BACC tidak mengeluarkan mesej berkenaan dan orang ramai disaran menghentikan penyebarannya yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.