Ismail Sabri Mulakan Hari Pertama Sebagai TPM

62

9 JULAI: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memulakan tugas rasminya sebagai Timbalan Perdana Menteri hari ini selepas dilantik ke jawatan berkenaan yang berkuat kuasa, kelmarin. 

“(Jadual saya) hari ini akan sibuk, pagi dan petang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar pekarangan Kompleks Perdana Putra, hari ini.

Terdahulu, kenderaan yang membawa Ismail Sabri dilihat memasuki perkarangan Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada jam 10 pagi tadi.

Sebelum ini, Jabatan Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataannya memberitahu pelantikan Ismail Sabri itu sudah dimaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan berkuat kuasa serta-merta.

PMO berkata, pelantikan itu juga dapat membantu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.