21 kluster tempat kerja daripada 30 kluster baharu hari ini

49

9 JULAI : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  mengesan 30 lagi kluster baharu di mana 21 daripadanya adalah kluster tempat kerja, tiga masing-masing merupakan kluster komuniti dan pusat tahanan di samping satu masing-masing adalah kluster pendidikan lain dan kumpulan berisiko tinggi. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster baharu hari ini mencatatkan peningkatan berbanding semalam.

Menurut beliau, bagi kluster di tempat kerja, enam direkodkan di Johor iaitu di Batu Lapan Bakri, Jalan Bukit Bakri, Jalan Haji Jaib, Jalan Duku Kiri, Jalan Sri Plentong Tiga dan Persiaran Agas manakala Selangor juga turut merekodkan enam lokaliti iaitu di Industri Jalan Kusta, Zone T Selatan, Industri Jalan Telok Gong, Industri Nakhoda dan Industri Jalan Gombak Batu 11.

“Di Kuala Lumpur, tiga kluster baharu tempat kerja turut dicatatkan iaitu di Jalan Ipoh Kecil, Jalan Matang dan Tapak Bina Jalan Khoo Teik Ee. Dua masing-masing terletak di Melaka dan Perak iaitu di Taman Merdeka Permai dan Taman Cempaka serta Jalan Saw Ah Choy dan Seramik di Perak manakala selebihnya Tapak Bina Bidara, Negeri Sembilandan Jalan Pasar Basah Mukah, Sarawak. 

“Bagi kluster komuniti, tiga lokaliti direkodkan di Kelantan iaitu di Taman Bismi Rahmat, Kampung Bunut, dan Kampung Gelugor manakala selebihnya di Sawit Segama di Sabah. 

“Kluster Pusat Tahanan pula dicatatkan di Benteng Sri Aman dan Tembok Miri di Sarawak serta Pagar Taman IKS Pusat Tahanan di Selangor. Bagi kluster kumpulan berisiko tinggi, ia dikesan Sungai Jelai Kuala Lipis manakala kluster pendidikan lain dikesan Jalan Desa Putera di Selangor, “katanya.

Sementara itu, kata Noor Hisham, kes kematian COVID-19 mencatatkan jumlah penurunan semula di bawah tiga angka apabila Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini merekodkan 77 kes kematian berbanding semalam iaitu 135 kes.

“Jumlah tersebut melibatkan 73 rakyat tempatan dan empat warga asing.  Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian wabak tersebut setakat ini berjumlah 5,980 kes atau 0.73 peratus daripada keseluruhan.

“Sebanyak 77 kes kematian pada hari ini, 28 kes daripadanya direkodkan di Selangor, 17 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sembilan kes di Melaka dan masing-masing lima kes di Johor dan Negeri Sembilan,

“Selain itu, empat kes dicatatkan di Pahang, tiga kes di Sarawak,masing-masing dua kes di Perak dan Terengganu, serta masing-masing satu kes di Kedah dan Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya menerusi kenyataan media perkembangan harian COVID-19, hari ini. 

Dalam pada itu, Noor Hisham memaklumkan kes baharu COVID-19 hari ini turut mencatatkan peningkatan tertinggi yang direkodkan negara iaitu 9,180 kes dan daripada jumlah itu, 9,173 daripada adalah kes tempatan manakala tujuh lagi merupakan kes import. 

“Kes sembuh hari ini pula mencatatkan penurunan iaitu 5,713 kes berbanding semalam iaitu 5,802 menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 725, 480 kes. 

“Jumlah kes yang berada di unit rawatan rapi (ICU) ketika ini pula adalah seramai 952 orang termasuk dan 445 yang memerlukan bantuan pernafasan yang menjadikan jumlah kumulatif kes aktif sebanyak 77,725 kes, “katanya.- Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.