Selangor sumbang 4,152 kes daripada 8,868 kes harian baharu

33

8 JULAI: Kementerian Kesihatan (KKM) melahirkan kebimbangan mengenai peningkatan kembali kes harian COVID-19 di Malaysia dengan 8,868 kes baharu dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dengan pertambahan itu jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini mencecah 808,658 kes.

Untuk rekod kali terakhir negara ini merekodkan lebih 8,000 jangkitan COVID-19 dalam tempoh sehari ialah pada 3 Jun lalu membabitkan 8,209 kes.

“Selangor merekodkan angka harian tertinggi hari ini yang menyaksikan kali pertama melebihi 4,000 kes dengan 4,152 jangkitan baharu.

“Ini diikuti oleh Kuala Lumpur menyusul dengan 1,133 kes baharu, Negeri Sembilan (897), Perak (543), Kedah (360), Johor (336), Sarawak (281), Sabah (279), Pulau Pinang (237), Melaka (183), Pahang (152) dan Kelantan (135).

“Negeri lain turut melaporkan jangkitan baharu, hari ini, iaitu Pahang (68), Labuan (64), Putrajaya (47) dan Perlis (satu),” katanya dalam kenyataan melalui Facebook, hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.