PM dan Jemaah Menteri masih kekal – Peguam Negara

77

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri dan Jemaah Menteri sedia ada masih kekal untuk terus menjalankan kuasa eksekutif Persekutuan.

Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, berkata berdasarkan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, penentuan sama ada seseorang itu mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat hendaklah ditentukan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat sendiri, dan bukan melalui kenyataan oleh sesuatu parti politik, ataupun mana-mana pemimpin parti politik.

“Merujuk kenyataan media yang dikeluarkan Presiden UMNO (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) bertarikh 7 Julai, kenyataan itu daripada suatu parti komponen yang membentuk kerajaan sedia ada, dilantik Yang di-Pertuan Agong menurut Perkara 43(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.

“Buat masa ini, kerajaan tidak mempunyai apa-apa fakta jelas yang menunjukkan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Idrus mengulas kenyataan Ahmad Zahid yang mengumumkan, UMNO menarik balik dan menamatkan serta-merta sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.