Suntikan vaksin harian catat rekod baharu 340,043 dos

37

7 JULAI: Pemberian vaksin di negara ini mencatatkan agihan melebihi 300,000 dos untuk hari kedua berturut-turut dengan rekod tertinggi semalam iaitu 340,043 dos sekali gus seramai 9,660,519 individu telah menerima suntikan berkenaan.

Perangkaan terbaharu itu sekali gus melakar lonjakan 8.4 peratus dalam tempoh 24 jam, berbanding 313,761 dos vaksin yang diberikan kepada penerima, kelmarin.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memaklumkan jumlah itu membabitkan seramai 206,757 penerima dos pertama dan 133,286 penerima yang sudah melengkap dua dos vaksin terbabit.

Berdasarkan infografik di Twitter JKJAV, Selangor adalah negeri tertinggi yang menerima suntikan dos pertama iaitu 57,473 dan seramai 22,525 bagi dos kedua diikuti Kuala Lumpur (39,031 dos pertama dan 14,124 dos kedua) serta Sarawak (27,980 dos pertama dan 31,289 dos kedua).

Infografik menunjukkan Jumlah Kumulatif Pemberian Dos Vaksin pada hari semalam.

Selain itu, Perak mencatatkan 14,571 dos pertama dan 6,188 dos kedua disusuli Pulau Pinang (10,414 dos pertama dan 5,514 dos kedua), Pulau Pinang (10,414 dos pertama dan 5,514 dos kedua), Kedah (8,633 dos pertama dan 4,223 dos kedua)

Johor pula merekodkan 8,264 dos pertama dan 10,167 dos kedua, Terengganu (6,759 dos pertama dan 4,291 dos kedua), Kelantan (6,549 dos pertama dan 8,212 dos kedua), dan Melaka (6,403 dos pertama dan 2,032 dos kedua)

Pahang (4,613 dos pertama dan 5,942 dos kedua), Putrajaya (1,942 dos pertama dan 721 dos kedua), Perlis (1,344 dos pertama dan 1,797 dos kedua) dan yang terakhir adalah di Labuan (4,57 dos pertama dan 9,26 dos kedua). 

Sementara itu, Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi hantaran di Facebook miliknya memaklumkan pencapaian tersebut menunjukkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) berada di landasan yang tepat untuk mencapai immuniti kelompok di kalangan rakyat Malaysia. 

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam turut mengucapkan tahniah kepada pasukan PICK yang mengendalikan pemberian vaksin di semua PPV seluruh negara. 

Program imunisasi kebangsaan bermula pada 24 Februari lalu dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama menerima vaksin COVID-19, empat hari selepas bekalan vaksin pertama negara keluaran Pfizer-BioNTech tiba.

Fasa pertama program vaksinisasi, menyasarkan memberi vaksin kepada 500,000 petugas barisan hadapan antara hujung Februari hingga April.

Fasa 2 imunisasi membabitkan vaksin Pfizer-BioNTech dan Sinovac bermula April hingga Ogos untuk kira-kira 9.4 juta warga emas berusia 60 tahun ke atas dan golongan berisiko tinggi.

Fasa 3 pula akan bermula pada Mei hingga Februari tahun depan dan disasarkan untuk sekitar 13.7 juta penduduk di Malaysia berusia 18 tahun ke atas sama ada rakyat tempatan atau warga asing.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.