MITI benarkan beberapa sektor lagi beroperasi

49

7 JULAI : Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mengadakan perbincangan lanjut dengan Menteri Kewangan dan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) berhubung tindakan segera ke atas keputusan Jemaah Menteri, susulan mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Sehubungan itu, MITI menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa sektor Elektrikal & Elektronlk (E&E) dan rantaiannya; sektor Aeroangkasa (Penyelenggaraan. Pembaikan dan Pemulihan (MRO), sektor Mesin dan Peralatan (M&E) yang khusus kepada pengeluaran produk kesihatan dan makanan; serta syarikat pembuatan makanan dan minuman yang utama dibenarkan untuk beroperasi di lokaliti yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di negeri Selangor bermula hari ini.

Manakala senarai produk makanan dan minuman utama ini disenaraikan di dalam Prosedur Oporasi Standard (SOP) Pengilangan dan Pembuatan PKPD Selangor yang boleh diakses di laman web www.miti.gov.my.

“MITI ingin memaklumkan keputusan ini dlbuat berikutan peranan sektor-sektor ini yang penting dan signifikan dalam menyokong pengoluaran produk-produk di dalam rantaian bekalan global serta pengeluaran kritikal bagi sektor kesihatan dan makanan dan minuman di dalam negara.

“Syarikat-syarikat di dalam sektor berkenaan boleh memulakan semula operasi dengan menggunakan surat kelulusan COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 sedia ada yang mempunyai akronim ‘PKP 3.0’ dan bertarikh pada bulan Jun 2021 dan ke atas,” jelas kenyataan itu.

Sementara itu, MITI ingin mengingatkan syarikat-syarikat wajib untuk mematuhi SOP Pengilangan dan Pembuatan PKPD Selangor sepenuhnya yang merangkumi antaranya sektor dan aktiviti yang dibenarkan untuk beroperasi, dan keperluan mematuhi kapasiti operasi pada kadar 60 peratus bagi pekerja di premis dan 40 peratus lagi pekerja untuk melaksanakan amalan Bekerja Dari Rumah.

Melalui Proram Imunisasi Industri COVID-19, MITI berkata kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) yang bermula 16 Jun 2021 akan memastikan program vaksinasi di kalangan pekerja sektor pembuatan akan dipertingkat dan dipercepatkan untuk melindungi kesihatan pekerja dan menjamin kelangsungan ekonomi negara.

MITI juga menyeru agar pihak industri terus bekerjasama dengan pihak Kerajaan bagi memastikan kejayaan mengawal penularan wabak COVID-19.

“Aktiviti penguatkuasaan akan dipertingkatkan oleh agensi penguatkuasa berdasarkan penilaian Sistem Amamn Awal Horror /deal/ficafion /or Dynamic Engagemonf (HIDE) yang mampu mengesan lokasi yang berisiko tinggl yang menjadi punca kepada penularan COVID-19.

“Mana-mana syarikat yang didapati tidak mematuhi SOP akan dikenakan tindakan perundangan termasuk kompaun atau penutupan operasi syarikat untuk tempoh tertentu,” kata kenyataan itu lagi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.