Kes Kematian COVID-19 Turun Semula di Bawah Tiga Angka

15

7 JULAI: Kes kematian COVID-19 mencatatkan penurunan semula di bawah tiga angka apabila Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini merekodkan 91 kes kematian berbanding semalam iaitu 103 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah tersebut melibatkan 79 rakyat tempatan dan 12 warga asing. 

Menurut beliau, ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian wabak tersebut setakat ini berjumlah 5,768 kes atau 0.72 peratus daripada keseluruhan kes.

“Sebanyak 91 kes kematian pada hari ini, 47 kes daripadanya direkodkan di Selangor, 16 kes di Negeri Sembilan, 10 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan  masing-masing empat kes di Johor dan Melaka. 

“Selain itu, tiga kes di Sarawak, dua kes di Perak, serta masing-masing satu kes di Kelantan, Terengganu, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Kedah,” katanya menerusi kenyataan media perkembangan harian COVID-19, hari ini.

Dalam pada itu, Noor Hisham memaklumkan kes baharu COVID-19 hari ini turut mencatatkan penurunan iaitu 7,079 kes dan daripada jumlah itu, 7,071 daripada adalah kes tempatan manakala 26 lagi merupakan kes import. 

“Kes sembuh hari ini pula mencatatkan peningkatan iaitu 4, 863 kes berbanding semalam iaitu 4,797 menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 719, 678 kes. 

“Jumlah kes yang berada di unit rawatan rapi (ICU) ketika ini pula adalah seramai 948 orang termasuk dan 441 yang memerlukan bantuan pernafasan yang menjadikan jumlah kumulatif kes aktif sebanyak 74,334 atau bersamaan 9.30 peratus daripada keseluruhan kes,” katanya.

Sementara itu Noor Hisham berkata, kluster baharu hari ini mencatatkan penurunan berbanding semalam iaitu 18 kluster, di mana sembilan daripadanya adalah kluster berkaitan komuniti, lima kluster tempat kerja, dua kluster kumpulan berisiko tinggi dan satu adalah kluster pendidikan tinggi. 

Bagi kluster komuniti, beliau menegaskan beliau menegaskan dua lokaliti masing-masing telah direkodkan di Sarawak, Johor, Sabah dan Selangor serta satu direkodkan di Kelantan.

“Di Sarawak, kluster yang terlibat adalah di Lorong Tiga Kampung Siol Kandis dan Sungai Bedil Besar manakala Pintasan Kota Belud serta Siasai Dundau adalah kluster baharu di Sabah.

“Di Johor pula, Jalan Bukit dan Jalan Pulasan adalah kluster baharu manakala di Selangor pula lokaliti yang dikenalpasti sebagai kluster baharu adalah di Taman Dovenby serta Jalan Panchang dan terakhir adalah di Jalan Nik Yusuf . 

“Bagi kluster tempat kerja pula, dua lokaliti masing-masing di Negeri Sembilan, Melaka iaitu di Tasik Utama Dua serta Industri Lengkok Nilai Emas dan di Melaka adalah Industri Jalan TMP 8 dan Jalan Tun Razak Peringgit. 

“Manakala selebihnya adalah di Jalan Metro Perdana, Kuala Lumpur dan Pasar Orkid Sentosa di Selangor. Kumpulan berisiko tinggi pula direkodkan di Jalan Limau Kampung Pasir, Johor dan Jalan Parit Mahang di Selangor manakala Sejantung di Selangor merupakan klustet baharu pendidikan tinggi,”katanya. 

Beliau menambah, jumlah keseluruhan kluster kini berjumlah 2, 970 dan sebanyak 2,120 kluster telah ditamatkan di samping hanya 850 kluster yang masih aktif. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.