Wajah Sebenar DAP, PH – SU Politik Abdul Hadi

22

6 JULAI: Ahli Parlimen Iskandar Puteri ,Lim Kit Siang yang memuat naik kenyataan yang berbaur kontroversi ‘Kerajaan Allah’ sehingga mencetuskan kegusaran di kalangan umat Islam di negara ini digesa membuat permohonan maaf secara terbuka.

Setiausaha Politik Presiden PAS, Mohd Syahir Sulaiman menasihatkan agar pemimpin veteran DAP itu belajar lebih mendalam Bahasa Melayu, menghormati kesucian Islam dan memelihara perpaduan kaum.

Beliau turut membuat perbandingan tulisan Kit Siang yang memetik tazkirah secara maya Presiden PAS, Datuk Seri  Abdul Hadi Awang.

“Menerusi ucapan Tuan Guru Abdul Hadi, “hanya kerajaan Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Sempurna boleh menghapuskan wabak ini pada bila-bila masa.

“Adapun kerajaan manusia tetap menghadapi kekurangan dan kelemahan, serta wajib melakukan muhasabah bagi menampung kekurangan tersebut”.

“Manakala bapa kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng itu menulis: If “Allah’s government” is the best form of government in COVID-19 Pandemic, why Malaysia is the last in the Economist’s global normalcy index losing out to countries none of which can claim to be “Allah’s government”,” katanya menerusi kenyataan di Facebook miliknya.

Justeru, Syahir menegaskan tulisan yang disiarkan itu boleh dijadikan pengajaran untuk rakyat sedar dan mengenali wajah sebenar DAP, Pakatan Harapan (PH) dan Amanah.

Terdahulu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Kit Siang di media sosial menimbulkan kemarahan di kalangan warga maya yang melihatnya dan menyeru tindakan tegas perlu diambil kerana menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

Namun, selepas menerima kecaman hebat daripada netizen khususnya umat Islam, difahamkan Kit Siang telah memadam posting berkenaan kira-kira 10 minit kemudian.  

Get real time updates directly on you device, subscribe now.