Polis Digesa Ambil Tindakan Tegas Terhadap Kit Siang

43

6 JULAI:  Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa bertindak segera terhadap Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang yang menghina umat Islam atas muat naik di Facebooknya berkaitan ‘Kerajaan Allah’.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata veteran DAP itu sudah melampaui batas dengan menghina agama Islam yang boleh membawa ketegangan agama yang amat berbahaya.

Beliau menegaskan dengan keceluparan kenyataan tersebut membuktikan Kit Siang dan partinya itu sangat rasis dan ideologi parti ini tidak pernah berubah.

“Jangan kerana anda tua, jangan kerana anda Ahli Parlimen, anda boleh sesuka hati membuat kenyataan yang menyeleweng dan menggugat ketenteraman awam.

“Undang-undang tidak mengenal usia, jadi saya menyeru pihak PDRM dapat segera ambil tindakan sewajarnya agar perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

MUQHARABBIN

Terdahulu, Kit Siang sebelum ini memaparkan tulisan Allah’s government” is the best form of government in Covid-19 Pandemic, why Malaysia is the last in the Economist’s global normalcy index losing out to countries none of which can claim to be ‘Allah’s government.

Kenyataan tersebut menimbulkan kemarahan di kalangan warga maya yang melihatnya dan menyeru tindakan tegas perlu diambil kerana menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini. 

Bagaimanapun Kim Siang selepas itu telah memadamkan hantaran berkenaan.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai memaklumkan semua agama juga tidak pernah sama sekali membenarkan penganutnya menghina agama lain tidak kira Islam, Kristian, Buddha atau lainnya. 

“Lagi-lagi (Kit Siang) menghina Allah. Ini amat melampau. Kami Pemuda UMNO Lembah Pantai, amat berharap agar satu tindakan paling tegas diambil kepada Kit Siang. 

“Walaupun beliau sudah memadamkan posting tersebut di Facebook beliau, namun tindakan undang-undang dan tegas perlu diambil oleh pihak polis,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.