Kit Siang Guris, Sentuh Sensitiviti Umat Islam

82

6 JULAI : Kenyataan Veteran DAP, Lim Kit Siang mengenai ‘kerajaan Allah’ bagi menggambarkan pimpinan negara sekarang telah menguris perasaan jutaan umat Islam di negara ini.

Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) Mohd Zai Mustafa berkata, pemimpin DAP terbabit sanggup menyentuh sensitiviti agama Islam dengan mengaitkan situasi pandemik COVID-19 dengan politik adalah perbuatan yang sangat melampau dan keterlaluan.

Beliau menegaskan perbuatan Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri itu tidak dapat diterima oleh umat Islam di negara ini.

“Ummah menyeru umat Islam, pemimpin NGO dan pemimpin masyarakat di negara ini membuat bantahan terhadap kenyataan yang biadap tersebut.

“Inilah tindakan mempolitikkan agama, cuba mengelirukan dan membuat provokasi agama Islam dengan tulisan yang mempersenda dan yang melampaui batas,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini. 

MOHD ZAI

Terdahulu, Kit Siang sebelum ini memaparkan tulisan Allah’s government” is the best form of government in COVID-19 Pandemic, why Malaysia is the last in the Economist’s global normalcy index losing out to countries none of which can claim to be ‘Allah’s government.

Ramai netizen menyatakan rasa tidak setuju dengan penggunaan nama Allah dalam kenyataan itu. 

Bagaimanapun Kim Siang selepas itu telah memadamkan hantaran berkenaan.

Dalam pada itu, Mohd Zai memberitahu, UMMAH telah meneliti kenyataan yang dikeluarkan itu secara jelas dan terang-terangan menghina pengertian ‘Kerajaan Allah’.

“Justeru, Ummah juga menyeru pihak berkuasa, para mufti dan Majlis Raja-Raja Melayu mengambil tindakan yang keras terhadap kenyataan yang menghina, dengan membuat tafsiran mempersenda Islam secara terbuka.

“Ia boleh membawa natijah memesongkan agama Islam di negara ini. Islam adalah agama Persekutuan dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan,” katanya. 

Sementara itu, beliau juga menegaskan, kenyataan Kit Siang cuba mewujudkan kesangsian, mempersenda, memperlekehkan, memfitnah dan menyeleweng pernyataan ‘Kerajaan Allah’ kerana berbeza fahaman politik.

“Ini adalah bukti betapa biadabnya kepimpinan DAP seperti Kit Siang dan betapa halusnya permainan politik DAP untuk menanamkan kebencian dan membawa idealisme liberal dan kebebasan pemikiran dari keimanan umat Islam. 

“Ini juga permainan politik melampau, kebencian serta mempermainkan sentimen agama Islam merupakan agenda politik DAP yang pasti ditolak umat Islam di negara ini,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.