Jumlah vaksinasi harian negara lepasi angka 300,000 dos

20

6 JULAI: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, melahirkan rasa syukur kerana jumlah vaksinasi harian di Malaysia sudah melepasi 300,000 dos sehari buat pertama kalinya, semalam sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkannya pada 24 Februari lalu.

Muhyiddin menyatakan bahawa jumlah pemberian vaksin dos pertama dan kedua semalam ialah 313,716 dos.

Memetik paparan grafik Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) Muhyiddin berkata, daripada  jumlah itu,penerima dos pertama semalam ialah seramai 196,603 orang, manakala penerima dos kedua ialah 117,158 orang.

Pada 15 Jun lalu, semasa mengumumkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Muhyiddin mengumumkan bahawa kerajaan menyasarkan peningkatan kadar vaksinasi lebih 300,000 sehari selepas Jun lalu.

“Ini menjadikan jumlah keselurunnya sehingga kini 9,320,476 juta dos telah diberikan.

Jumlah yang terima dos pertama ialah 6,585,002 orang. Daripada jumlah itu, 2,735,474 orang juga terima dos kedua.

“Melihat kepada keupayaan negara mencapai kadar suntikan seperti yang disasarkan lebih 300,000 dos sehari selepas Jun, kerajaan optimis, negara  kini berada di kedudukan tepat dalam menjayakan program vaksinasi.

“Melihat kepada pencapaian ini kerajaan optimis bahawa segala usaha yang dirancang berada di landasan tepat,” katanya sambil memaklumkan langkah itu bagi memastikan negara dapat mencapai imuniti kelompok dan  kembali kepada  kehidupan sebelum pendemik COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebooknya hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.