Wan Ahmad Fayhsal nafi bertanding di Parlimen Bagai Serai

30

5 JULAI: Laporan berkenaan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal akan bertanding kerusi Parlimen Bagan Serai pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah tidak benar. 

Beliau menafikan perkara itu menerusi hantaran di Facebook miliknya yang menegaskan parti di mana-mana peringkat tidak pernah membuat sebarang keputusan berkenaan kerusi yang akan ditandingi.

“Khidmat kepada rakyat tetap menjadi keutamaan seluruh jentera parti dalam menjayakan Pelan Pemulihan Negara,” katanya.  

Menerusi hantaran sama, beliau turut berkongsi tangkap layar sebuah laporan berita di Facebook rasmi Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu, hari ini.

Terdahulu, sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan Wan Ahmad Fayhsal mengesahkan akan bertanding kerusi Parlimen Bagan Serai pada PRU15.

Dalam temu bual secara eksklusif bersama akhbar itu baru-baru ini, Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu malah mendakwa beliau sudah mendapat restu daripada Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, Bersatu Bahagian Bagan Serai juga secara rasmi telah ‘melamar’ beliau sebagai calon untuk mewakili Perikatan Nasional (PN) di kerusi tersebut.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.