PKPD dua kampung di Kelantan, Sabah mulai 7 Julai ini

23

5 JULAI: Kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Bagus, Rantau Panjang, Pasir Mas, Kelantan dan di Kampung Batu 2, Jalan Apas, Tawau, Sabah, mulai Rabu ini hingga 20 Julai 2021.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan terpaksa melaksanakan PKPD berikutan laporan Kementerian Kesihatan menunjukkan terdapat peningkatan kes mendadak COVID-19 di kawasan terbabit.

Beliau berkata, pelaksanaan PKPD berkenaan membolehkan KKM mengawal penularan wabak COVID-19 daripada merebak ke kawasan lain, selain memudahkan usaha mengenal pasti kontak rapat dan rawatan susulan.

“Pada masa sama kerajaan juga bersetuju untuk melanjutkan PKPD di  Penjara Sungai Udang, kecuali Kuarters Penjara, Melaka Tengah, Melaka, Kampung Ejuk, Kota Belud, Kampung Warisan, Kota Kinabalu, Sabah hingga 20 Julai.

“PKPD di Kuarters Pekerja Balingian Power Generation, Jalan Sibu-Mukah, Mukah, Sarawak pula dilanjutkan sehingga 13 Julai,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri juga mengesahkan kerajaan bersetuju menamatkan beberapa PKPD di Kilang Sawit Cahaya Muda, Batang Padang, Perak; Blok 11, Kampung Titingan dan Batu 7 Jalan Tinagat, Tawau, Sabah, mulai jam 11.59 malam esok.

Turut ditamatkan ialah PKPD di Rumah Panjang Alat anak Mukan; Kuarters Pekerja Mukah Palm Oil Mil  di Bukit Dinding, dan sembilan Rumah Panjang Sungai Rassau, Batang Igan, Mukah, Sarawak.

Beliau juga mengesahkan menahan 679  lagi individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP di seluruh negara semalam, mana 666  daripadanya dikompaunc lapan direman manakala lima lagi dijamin.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.