Muhyiddin masih dirawat, tiada bukti tumor berulang

26

4 JULAI: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang masih dirawat di hospital di ibu negara dijangka dibenarkan pulang dalam masa terdekat.

Perkara itu disahkan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) menerusi kenyataan media hari ini yang menyatakan kesihatan Muhyiddin semakin baik dan menunjukkan perkembangan positif sejak mendapat rawatan di hospital tersbut.

“Perdana Menteri telah dimasukkan ke hospital pada 30 Jun 2021 dan masih menerima rawatan akibat jangkitan pada sistem penghadaman beliau.

“Selepas menjalani pemeriksaan kesihatan yang rapi, didapati tiada bukti menunjukkan masalah tumor lama yang berulang. Atas nasihat pasukan doktor, beliau kini berada di hospital untuk terus mendapatkan rawatan antibiotik intravena.

“Keadaan beliau adalah stabil dan bertambah baik serta dibenarkan bertugas semasa dalam rawatan. Beliau dijangka dibenarkan keluar dari

hospital dalam tempoh beberapa hari lagi,” kata PMO menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tambah PMO, Perdana Menteri turun merakamkan penghargaan dan berterima kasih kepada rakyat jelata yang mendoakan kesejahteraan kesihataan beliau.

Terdahulu, Perdana Menteri, Muhyiddin dimasukkan ke hospital pada empat hari lalu bagi menerima rawatan dan pemantauan selepas mengalami diarea sejak semalam. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.