Malaysia Hargai Sumbangan sejuta dos Pfizer Dari Amerika

26

4 JULAI:Kerajaan menzahirkan penghargaan tinggi atas ihsan Amerika Syarikat yang sudi menyumbangkan satu juta dos vaksin jenis Pfizer yang  memberi manfaat yang besar buat Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang sedang dilaksanakan.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, Malaysia amat menghargai sokongan Amerika Syarikat setakat ini dan berharap hubungan yang erat serta mesra antara kedua-dua negara akan terus diperkukuhkan demi manfaat bersama. 

“Bagi pihak Kerajaan Malaysia, saya sekali lagi ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada rakan sejawat saya, Tuan Yang Terutama (TYT) Antony Blinken dan Kerajaan Amerika Syarikat atas sumbangan vaksin COVID-19 ini. 

“Ia akan membantu meningkatkan proses vaksinasi serta membawa perkembangan bermakna terhadap Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang sedang dilaksanakan Malaysia. 

“Selain vaksin, Amerika Syarikat melalui Kedutaannya di Kuala Lumpur turut telah menghulurkan pelbagai bentuk bantuan dan sumbangan kepada Malaysia sejak pandemik melanda tahun lalu. Ini termasuklah kelengkapan perubatan, Personal Protective Equipment (PPE), serta peralatan ICT, dengan nilai USD 250,000.,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden memaklumkan perancangan untuk pengagihan 80 juta dos vaksin COVID-19 ke seluruh dunia, dengan 75 peratus daripadanya akan diberikan menerusi fasiliti COVAX.

Berdasarkan maklumat daripada Rumah Putih, vaksin yang dikongsi AS menerusi COVAX akan mengutamakan negara di Amerika Latin dan Caribbean, Asia Selatan dan Asia Tenggara serta Afrika.

Dalam pada itu, Hishamuddian menyambut baik pengumuman Joe Biden pada 3 Jun lalu mengenai sokongan untuk mengenepikan secara sementara perlindungan Harta intelek atau Intellectual Property (IP) bagi vaksin-vaksin COVID-19 seperti yang telah disampaikan menerusi suratnya kepada Blinke yang merupakan Setiausaha Negara Amerika Syarikat

“Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin juga, menerusi ucapannya di Persidangan Antarabangsa Nikkei pada Mei 2021, telah mengumumkan sokongan Malaysia untuk mengenepikan IP bagi vaksin COVID-19. 

“Dalam usaha memastikan akses global yang adil terhadap vaksin COVID-19, Malaysia sedia menjalinkan kerjasama menyeluruh dengan Amerika Syarikat dalam penyelidikan, pengembangan, serta pengedaran vaksin,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.