Ebit Lew Teruskan Misi Bantuan Sebaik Pulang ke Tanahair

27

4 JULAI Walaupun baru sahaja mendarat ke tanah air pada dua hari lalu selepas melakukan misi kemanusiaan di Palestin, pendakwah terkenal, Ebit Lew terus komited dalam menggerakkan kerja-kerja kebajikan dalam negara melalui bantuan barangan dapur.

Ebit Lew menerusi Facebook miliknya malam tadi turut meluahkan perasaan sayu terhadap ujian dihadapi rakyat di negara ini terutama yang terjejas akibat pandemik Covid-19 sehingga segelintirnya sanggup mengambil tindakan membunuh diri.

Justeru, beliau memberitahu bahawa pihaknya melalui Team Kasih Umat bersedia membantu rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka yang benar-benar memerlukan bantuan dengan membuat penghantaran barangan dapur pada Ahad.

“Pohon doakan ye. Bantuan barang dapur buat seluruh Malaysia. Sedih sayu berat ujian kita semua di Malaysia. Menangis baca berita-berita di Malaysia orang bunuh diri,” kata Ebit Lew melalui Facebooknya.

Mengulas lanjut katanya, sumbangan tersebut akan disampaikan kepada mereka yang memerlukan tanpa mengambil kira latar belakang bangsa atau agama.

“Bantuan diberikan tanpa mengira bangsa atau agama. Kita semua sebuah keluarga. Team Kasih Umat di seluruh Malaysia akan membantu. Esok (Ahad) mereka hantar setakat yang mampu,” katanya yang turut menyertakan nombor telefon yang boleh dihubungi di setiap negeri.

No Telefon Mengikut Lokasi Setiap Negeri

-Kota Kinabalu,Sabah (01121820646)

-Seberang Perai Utara,Penang (0184636181)

-Semporna,Sabah (01159023120)

-Bintulu,Sarawak (0164035460)

-Senawang,Negeri Sembilan (0173164974)

-Bandar Kuantan,Pahang (01161096263)

-Kudat,Sabah (0169771243)

-Pasir Mas,Kelantan (0179478716)

-Sungai Petani,Kedah 01127226330

-Ipoh,Perak (01151523766)

_Kunak,Sabah (0166033149)

-Pasir Gudang JB (0107068364)

-Kuala Terengganu (01120507611)

-Melaka Tengah (01139900575)

_Kuala Lumpur,Selangor (0176296906)

Dalam pada itu, hantaran oleh ikon pemurah itu turut mendapat sokongan daripada wargamaya pelbagai bangsa dan agama di samping rata-rata di antara mereka terharu kerana Ebit Lew tidak berhenti meneruskan bantuan walaupun baru pulang daripada misi di Gaza.

Sehingga kini, hantaran itu mendapat 209,000 sukaan, 7,600 komen dan dikongsi sebanyak 42,000.

Dalam satu hantaran di Facebooknya pada Jumaat, beliau berterima kasih kepada semua pihak yang selalu mendoakan kesejahteraan dan keselamatan beliau dan kumpulannya sepanjang menjalankan misi tersebut.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.