PKPD: Kerja-kerja pembinaan dihentikan

38

3 JULAI: Kerja-kerja pembinaan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) perlu dihentikan serta-merta.

Arahan tegas Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof itu berikutan surat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang sudah diterima tidak boleh digunakan untuk meneruskan kerja pembinaan.

This image has an empty alt attribute; its file name is Fadillah_Yusof_1507813466.jpg
FADILLAH

Bagaimanapun, katanya pengecualian diberikan kepada kerja-kerja penyelenggaraan, pembaikan dan pendawaian yang bersifat kritikal berdasarkan janji temu, namun pihak yang terbabit perlu mendapat kebenaran daripada balai polis terdekat.

“Kementerian Kerja Raya menggesa semua penggiat industri pembinaan untuk mematuhi arahan semasa dan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara bagi memastikan penurunan kes COVID-19 di kawasan terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beberapa mukim di Selangor dan lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dikenakan PKPD selama 14 hari bermula hari ini sehingga 16 Julai ini.

Sebarang maklumat terkini berkenaan SOP dan garis panduan industri pembinaan boleh didapati menerusi telegram rasmi CIDB Malaysia https://t.me/cidbmy, laman web rasmi CIDB di www.cidb.gov.my atau hubungi CIDB Careline di talian 03-5567 3300.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.