Kilang solar panel dikompaun RM10,000

45

3 JULAI: Polis keluarkan kompaun bernilai RM13,000 kepada sebuah kilang membuat solar panel dan dua pekerja dalam Op Patuh di sekitar daerah Sepang, semalam.

Operasi bermula jam 10 pagi itu membabitkan 83 anggota dan pegawai penguat kuasa pelbagai agensi termasuk polis, Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Alam Sekitar, Majlis Perbandaran Sepang, Kementerian Dalam Negeri serta Bahagian Penguat kuasa KPDNHEP.

Mereka dikompaun hasil pemeriksaan dilakukan oleh pasukan pemantauan Op Patuh terhadap 62 premis kilang di sekitar Sungai Pelek, Bandar Baru Salak Tinggi, Dengkil dan Putra Perdana di daerah Sepang.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner, Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata hasil pemeriksaan mendapati 26 daripada kilang berkenaan ditutup atau tidak beroperasi.

“Hasil pemeriksaan lanjut, pihak berkuasa berjaya mengesan dua pekerja kilang gagal mematuhi SOP ditetapkan dengan tidak memakai pelitup muka.

“Berikutan itu pihak berkuasa mengeluarkan kompaun RM1,500 kepada setiap pekerja berkenaan kerana melakukan kesalahan tidak mematuhi SOP PKP iaitu tidak memakai pelitup muka,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu Wan Kamarul Azran berkata sebuah kilang membuat solar panel pula dikompaun RM10,000 kerana melanggar SOP dengan membenarkan kantinnya menjual makanan secara ‘dine in’ bukan ‘take away’ seperti ditetapkan kerajaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.