COVID-19: Ebit Lew tawar bantuan segera

43

3 JULAI: Biarpun baru tiba di Malaysia kurang 24 jam selepas mengetuai misi kemanusiaan di Gaza, Palestin, pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew, tidak sabar-sabar untuk menggerakkan bantuan segera untuk mereka yang terjejas akibat penularan COVID-19.

Ebit yang juga ahli perniagaan juga melahirkan rasa sedih dan sayu mengenangkan nasib sesetengah rakyat Malaysia termasuk mereka yang membunuh diri kerana tekanan hidup.

“Pohon doakan ye. Bantuan barang dapur buat seluruh Malaysia. Sedih sayu berat ujian kita semua di Malaysia. Menangis baca berita-berita di Malaysia orang bunuh diri.

“Bantuan diberikan tanpa mengira bangsa dan agama. Kita semua sebuah keluarga,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman di Facebooknya hari ini.

Komitmen Ebit itu diutarakan ketika orang ramai mula mengibarkan bendera putih untuk mendapatkan bantuan setelah kehilangan mata pencarian.

Kempen bendera putih dimulakan warganet di media sosial sebagai cara cepat menyampaikan bantuan kepada golongan susah yang mengibarkannya di halaman rumah sekiranya tiada makanan dan memerlukan pembelaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.