Malaysia terima sejuta dos AstraZeneca daripada Jepun

27

2 JULAI: Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin menerima sumbangan sejuta dos vaksin AstraZeneca secara percuma daripada Kerajaan Jepun semalam.

Turut hadir Duta Jepun ke Malaysia, Hiroshi Oka.

Hishammuddin dalam muat naik di Facebooknya mengucapkan terima kasih terutama kepada rakan sejawatnya, Motegi Toshimitsu serta Kerajaan Jepun atas budi baik tersebut.

“Sumbangan ini menyerlahkan keakraban persahabatan dan hubungan dua hala Malaysia dan Jepun.

“Ia juga bukti bahawa nilai kemanusiaan sentiasa melangkaui batas-batas yang mungkin wujud terutama pada era pandemik ini,” katanya.

Dari kanan: Hishammuddin dan Khairy berbual dengan Oka semasa menerima ketibaan vaksin di KLIA semalam.
Vaksin AstraZeneca diterbangkan menggunakan perkhidmatan Japan Airlines.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.