Konflik AMK umpama retak menanti belah

73

2 JULAI: Konflik dalaman Angkatan Muda Keadilan (AMK) kini semakin parah apabila tiga ketua cabang sayap AMK Negeri Sembilan pula mengumumkan mereka sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan ketuanya Akmal Nasir.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan bersama Ketua AMK Rembau Mohd Effendi Mat Aris, Ketua AMK Rasah Ahmad Izzudin Ismail dan Ketua AMK Port Dickson Muhamad Affandi Abdul Malik, menegaskan mereka berbuat demikian kerana Akmal dilihat gagal memimpin sayap PKR itu dengan berkesan.

Mereka juga menyifatkan Akmal gagal menyatukan anggota AMK sehingga memecah-belahkan semangat perpaduan sayap parti itu melalui rombakan baru-baru ini, yang menggusarkan akar umbi AMK Negeri.

Malah, Akmal dilihat sengaja mensabotaj usaha yang dilakukan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menumpukan serangan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional.

Mereka mendakwa, Akmal mencetuskan suasana krisis melalui tindakannya memecat Ketua AMK Selangor dan Perlis serta beberapa pimpinan Majlis Pimpinan Pusat AMK tanpa melalui proses sewajarnya.

“Sekiranya Akmal berhajat untuk menukar struktur organisasi AMK negeri, kami mendesak beliau tidak bersikap prejudis dan berat-sebelah.

“Setelah hampir setahun pelantikan Hafiz Mohamad sebagai Ketua AMK Negeri Sembilan, tiada usaha dan inisiatif yang beliau buat bagi meningkatkan kualiti serta kestabilan AMK Cabang di Negeri Sembilan.

“Beliau sendiri gagal menjadi setiausaha lantikan AMK Cabang Port Dickson dengan baik,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.