Tidak perlu angkat bendera putih

57

1 JUN: Penduduk Kuala Nerus boleh menghubungi pusat khidmat masyarakat Parlimen berkenaan jika menghadapi sebarang masalah termasuk terputus bekalan makanan.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali,  tidak menyarankan rakyatnya mengangkat bendera putih sekiranya memerlukan bantuan.

Khairuddin yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata rakyat Kuala Nerus hanya perlu menghubungi pasukan kerja Pusat Khidmat Masyarakat Kuala Nerus untuk mendapatkan bantuan.

Malah, Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Nerus telah menerima 7,300 permohonan bantuan sepanjang Jun lalu termasuk 5,810 permohonan telah menerima bantuan menerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) masing-masing.

“Rakyat saya di Kuala Nerus tidak perlu angkat bendera putih, hubungi sahaja pasukan kerja saya.

“Cukuplah pasukan kami mengetahui kesusahan anda. Tugas anda ialah meminta bantuan apabila diperlukan dan tugas kami ialah membantu anda.

“Terkini kami telah menerima sebanyak 7,300 permohonan bantuan dalam masa sebulan Jun ini dan sebanyak 5,810 telah menerima bantuan mereka menerusi JPKK masing-masing,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sekiranya memerlukan bantuan, rakyat Kuala Nerus disaran menghubungi wakil Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk melaporkan kesusahan yang dialami jiran-jiran sekeliling.

Mereka yang mempunyai sebarang masalah boleh menghubungi Ustaz Yusrizal 013-9267 731 bagi DUN Buluh Gading; Yusof 013-9287 731 (DUN Tepoh) Ustaz Azzam +019-9367 731 (DUN Bukit Tunggal) dan Azmi 019-2937 731 (Dun Seberang Takir).

Bagi perantau rakyat Kuala Nerus mereka disaran menghubungi Amir 0192917 731 jika menghadapi sebarang masalah berbangkit.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.