Lebih 8 juta dos vaksin telah diberikan menerusi PICK

17

1 JUL: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba mengesahkan sehingga semalam sebanyak 8,083,685 dos vaksin telah diberikan kepada penduduk di Malaysia menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Dr Adham Baba berkata daripada jumlah itu sebanyak 5,774,667 individu sudah menerima dos pertama manakala 2,309,018 telah menerima dos kedua, sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka.

“Sebanyak 258,773 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam, melibatkan pemberian 163,756 dos pertama dan 95,017 dos kedua.

“Lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 303,050 orang, diikuti Sarawak (250,011), Johor (244,400), Perak (209,174) dan Kuala Lumpur (198,655),” kata Dr Adham dalam satu kenyataan menerusi akaun di Twitternya hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.