Kerajaan lancar dasar 4IR mencakupi 4 dasar utama

23

1 JULAI: Kerajaan melancarkan Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara bagi meningkatkan lagi keupayaan, kemampuan negara menguasai 4IR, dan memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan dan berdaya saing.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata dasar 4IR berkenaan mencakupi empat teras utama membabitkan masyarakat, perniagaan dan kerajaan di mana yang pertama, melengkapkan rakyat dengan pengetahuan dan set kemahiran berkaitan 4IR.

Beliau berkata kedua, membentuk negara yang mempunyai kesalinghubungan melalui pembangunan infrastruktur digital.

“Ketiga, menyediakan peraturan yang sesuai dengan keperluan masa hadapan supaya fleksibel terhadap perubahan teknologi, dan terakhir, mempercepat inovasi dan penerimagunaan teknologi 4IR.

“Keempat-empat dasar berkenaan akan menjadi panduan kepada kementerian dan agensi dalam merangka program berkaitan 4IR,” katanya dalam ucapan pelancaran  Dasar 4IR Negara secara maya hari ini.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata teras berkenaan akan dilaksana berpandukan 16 strategi, 32 inisiatif nasional dan 60 inisiatif sektoral yang telah dikenal pasti.

“Bagi mengurangkan potensi risiko berkaitan sosial yang wujud daripada 4IR, elemen kepercayaan, inklusiviti, keselamatan siber, etika dan nilai akan diterapkan dalam semua inisiatif,” katanya.

Dalam majlis sama, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin berkata kerajaan telah mengenal pasti lima teknologi teras untuk membina keupayaan tempatan.

Beliau berkata dasar berkenaan juga melibatkan kecerdasan buatan (AI), Internet of Things (IoT), blockchain dan teknologi lejar teragih (DLT), bahan termaju dan disokong oleh pengkomputeran awan (cloud computing) dan analisis data raya (BDA).

“Seperti mana yang telah dapat kita lihat pada hari ini, kesemua lima teknologi teras ini sememangnya telah memberi kesan kepada kehidupan seharian dan cara kita melakukan sesuatu perkara.

“Baik melalui big data analytics, AI, cloud computingblockchain mahupun IoT, kesemuanya telah membantu manusia daripada segi perancangan, pelaksanaan mahupun keputusan.

“Walaupun Malaysia bukanlah negara yang paling terkehadapan dalam pengadaptasian teknologi, namun Malaysia juga bukanlah

Get real time updates directly on you device, subscribe now.